MOTTO

"AS LEGACY KEJAYAAN TANPA BATASAN!" - DATO' ALIFF SYUKRI

TIPS BERJAYA BISNES

Hai semua..Assalamualaikum..
Selamat pagi..Semoga rezeki anda semua diperluaskan seluas lautan...Pagi ni sis nak share beberapa TIPS....Sape nak tau??? 🙋🙋

Tips Berjaya Bisnes

Ramai daripada korang yang buat bisnes kan? Ni sedikit tips bisnes untuk korang

1.Betulkan niat berniaga kerana TUHAN, kerana bisnes adalah sunnah dan ia menjadi ibadah.

2.Mula dengan kecil, jadikan ia besar.

3.Mula awal tahun, set target, adakan satu diari atau notebook untuk conteng conteng idea -tolong ye... Ni AMAT PENTING!!

4.Jaga tempo bisnes, harus sekata dan semakin menaik secara perlahan. Jangan sesekali perlahankan tempo.

5.Gandakan usaha. Jangan cepat putus asa.

6.Sentiasa belajar teknik dan kaedah baru pemasaran, tetapi asas pemasaran sedia ada jangan ditinggalkan.

7.Kuasai teknik perniagaan online, survival dalam bisnes di zaman kemelesetan ekonomi bergantung kepada lebih banyak online dan personal touch business.

8.Banyakkan autosuggestion. Sebut setiap hari perkataan positif dan elakkan perkataan negatif. Autosuggestion terbaik adalah zikir kepada Allah.

Sekian, sharing is caring..

#AsLegacy
#KejayaanTanpaBatasan
#MPAZIZAH




 Untuk mop yg baru blh ambil resepi kejayaan ini sebagai langkah permulaan untuk berniaga🥰🥰🥰

TIPS

Setiap pengguna media sosial sifatnya berlainan. Ada yang

1. Suka baca newsfeed
2. Ada yang suka tengok story if/fb
3. Ada yang suka baca status whatsapp
4. Ada yang suka tengok marketplace fb

So tugas kita, kita selaraskan iklan produk kita utk kesemua platform yang ada

So dapat sesuatu??

Contoh :

1. Newsfeed fb/ig - buat hardsale 2x sehari jer. Jangan letak link wassap, jangan letak no telefon. So nak letak apa? Uolls boleh letak CTA (call to action) mcm ni

Berminat? Or nak tanya something?Meh komen emoji korang.nanti saya reply

Kenapa jangan letak no telefon/link wassap? Sebab fb algorithm dia taknak bagi tunjuk kat orang sbb dia tau awk tgh berniaga di fb sosial dia

2. Stori fb/ig - yang ni hanya beberapa saat tapi kesannya sangat mendalam. Sebab bila orang nampak sesuatu visual, bnda tu akan lekat pada minda separa sedar mereka berbanding ayat yang panjang. So kat sini sangat sesuai awak nak upload testimoni berkesan

3. Status whatsapp - haaa, kat sini lagi bagus sbb yg dapat tengok status kita cuma orang yg dah save number kita je. So kat status whatsapp ni boleh convert 30-60% prospek menjadi pelanggan. sSo nak upload apa? Upload la gambar2 produk sekaligus testimoni

4. Marketplace fb - benda ni paling ramai MALAS nak buat tapi dia tak tau kesan benda ni sangat awesome! Fb sediakan platform marketplace utk menjual, so jual la akak2 abang2 adik2 oiii.. letak gambar, masukkan caption, dan tags kena letak. Wajib! Supaya org nak carik senang, dia carik keyword je.

So dapat sesuatu?? Dah bagi ilmu ni, tak praktik tak tau la nak kata apa 😁



Ini adalah cara nak buat engagement utk zero kos marketing. Buat benda free dulu then baru fikir nak buat ads bebayar pulak
 KENAPA POSTING TAK APPROVE DAN KENAPA IKLAN TAK LEPAS DI MARKETPLACE?

1. Gambar/caption yang berunsurkan kesihatan

2. Gambar kurus sebelum & selepas

3. Terlalu ramai yg dah upload gambar/caption yg sama

4. Melanggar polisi fb

Cara mengatasi?

1. Snap gambar sendiri. Fresh. Yg segar. Yg mmg awak snap guna hp sendiri. Pastikan menarik.

2. Buat content copywriting sendiri. Cuba buat sendiri.

3. Elakkan guna perkataan kurus, slimming, jerawat, berak, perkataan yang berkaitan dengan bab kesihatan

4. Rajin2kan la membaca polisi fb sebelum nak pos sesuatu.. (yang ni paling ramai orang malas buat)











No comments:

Post a Comment

POPULAR FINDINGS